Terlepas!

Frust rasanya bila tak langsung tak berkesempatan untuk update blog semalam. Memang niat di hati nak update setiap hari, apakan daya tak cukup masa.

Kenapa?

Sebab Baby Ali demam dan merengek je sepanjang malam. Jadi memang tak sempat nak berblogging.

Hari ni pun dia lemah je dan taknak berenggang dengan saya bila saya ada kat rumah.

Kesimpulannya: Kesihatan anak juga merupakan satu rezeki. Jadi, kepada anda yang mempunyai anak-anak yang sihat, walaupun anda mungkin kekurangan harta benda, tetapi bersyukurlah dengan rezeki kesihatan yang dikurniakan oleh Allah.

Bak kata pepatah,

If you want to feel rich, count the things you have that money cannot buy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *