Takpe. Lagi Banyak Baca, Lagi Banyak Dapat Pahala..

Dulu Abang Iqbal selalu tension bila dia membuat kesilapan semasa mengaji. Maklumlah Umi dia ni kan garang. Selagi tak betul, kena ulang-ulang sampai lancar.

Tapi sekarang dia dah tak tension lagi. Ini kerana, saya selalu cakap dengan dia,

Takpe. Lagi banyak baca, lagi banyak dapat pahala..

Alhamdulillah sekarang dia relax je masa mengaji. Sekarang setiap kali mengaji dia akan baca 2 mukasurat. Kadangkala bila mood rajin dia datang, dia akan request untuk baca 3-4 mukasurat.

Kalau saya free, kadangkala saya layan jugak ‘angin rajin’ dia ni. Kang tak layan kang, jadi kurang rajin pulak nanti. Hehe..

Semalam dah tengok Adi baca Iqra’ kan? Jom kita tengok Abang Iqbal in action pulak.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *