Tak Kerja Ke Hari Ni?

Saya selalu ditanya soalan kat atas ni oleh orang yang kurang mengenali saya, apabila mereka melihat saya shopping @ makan @ duduk di rumah bersama keluarga pada waktu bekerja.

Mungkin pada kebanyakan orang, kerja adalah duduk di pejabat dari pagi sampai petang.

Pada saya, kerja adalah buat apa yang saya suka dan dapat duit. Dengan kata lain, definisi kerja pada saya adalah dibayar gaji untuk membuat aktiviti yang saya suka.

Antara aktiviti yang saya suka adalah blogging, chat di FB, bercakap di telefon dan jumpa orang yang best. 🙂

Dan melalui kerjaya sebagai Unit Trust Consultant, saya mendapat pendapatan lumayan dengan melakukan apa yang saya suka. Best kan?

Berikut adalah contoh perbualan saya dan Abang Adi pagi ni..

Abang Adi : Umi, kerja tu apa?

Umi : Kerja tu adalah kita buat apa yang kita suka, pastu kita dapat duit.

Abang Adi : Ooo.. macam tu.

Umi : Bila besar nanti Abang Adi nak kerja apa?

Abang Adi : Abang Adi nak kerja Public Mutual.

Umi : Haaaaaa?

 

 

 

 

3 thoughts on “Tak Kerja Ke Hari Ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *