Soalan Yang Masih Belum Terjawab

Daripada saya bersalin sampailah sekarang, ada soalan daripada Ali yang masih belum terjawab.

Soalannya adalah..

Macamana doktor keluarkan baby dari perut umi?

 

Adoiiii.. macamana cara terbaik nak jawab ni. Takkan nak jawab keluar dari pusat kot.

 

Malam ni pulak dia tanya soalan baru..

Macamana umi boleh keluar susu?

 

 

Ramai yang tanya macamana Ali bila dapat baby.

Ali okay je. Ali tak jeles pun. 🙂

 

Tips taknak bagi anak jeles..

1. Kalau nak puji baby, kena puji abangnya jugak..

Contoh..

Comelnya Baby Yaya ni. Sama macam Abang Ali masa kecik-kecik dulu.

 

2. Cari persamaan antara baby dan abangnya.

Contoh..

Umi nampak mata Baby Yaya sama macam mata Abang Ali.

 

3. Cerita yang best-best.

Contoh..

Nanti bila Baby Yaya dah besar, Abang Ali bawak Baby Yaya naik basikal Abang Ali ya.

Pastu nanti kita ajak Baby Yaya mandi kolam sama-sama.

 

InsyaAllah kalau mak pandai bermain kata-kata, memang takde masalah anak jeles. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *