Soalan Mencabar Dari Abang Iqbal & Cabaran Semasa Saya Mengandungkannya..

Abang : Umi kan tak minum susu. Macamana umi ada susu?

Umi : Lembu minum susu tak? Macamana lembu ada susu?

Abang : Betul jugak tu..

Hahaha.. mencabar tak soalan dia? Jom kita berkenalan lebih lanjut dengan Abang..

 Abang ‘control macho’ di Tanjung Piai

Abang ni kan memang anak yang soleh sangat. Dia memang rajin sangat tolong saya. Bila renungkan balik, masa saya mengandungkan abang dulu, saya sebenarnya belum bersedia.

Saya berkahwin pada umur 20 tahun ketika dalam tahun kedua pengajian di UTM. Saya dan suami kononnnya merancang untuk mempunyai anak selepas kami berdua sudahpun bekerja.

Selepas saya tamat pengajian ketika umur 22 tahun, sebelum dapat kerja tetap, saya disahkan mengandung.

Masa tu, memang rasa tak bersedia sangat. Maklumlah saya belum bekerja dan suami pula masih belum tamat pengajian (saya habis belajar dahulu sebab saya pelajar program Express UTM-MARA).

Masa tu saya stress sangat. Sebab kami berdua pun memang dari latar belakang keluarga susah jadi memang tak boleh nak harapkan keluarga untuk bantu kami.

Dalam pada mengandung tu, saya cuba apply kerja yang berkaitan dengan bidang saya. Pada masa tu, seorang kenalan saya memberitahu tentang kekosongan jawatan Technician di syarikat dia bekerja.

Walaupun cuma berpangkat Technician, tapi pemegang ijazah diberi gaji yang agak lumayan. Campur overtime dan elaun syif, memang boleh dapat income lebih RM2000.

Alhamdulillah saya diterima bekerja dengan jayanya. Masa tu saya terpaksa menyembunyikan fakta bahawa saya sedang mengandung. Tak baik kan? Saya pun MALU SANGAT nak mengaku pasal ni. Tapi masa ni saya memang terdesak sangat.

Pada minggu pertama bekerja, saya terpaksa menjalani kursus ‘soldering’ di mana saya perlu belajar ‘solder’ electronic boards.

Bau asap solder telah menyebabkan saya hampir muntah. Bila pihak HR tahu pasal hal ni, HR Manager panggil saya. Sebelum saya masuk bilik HR, saya call suami dan menangis. Saya suruh dia standby untuk datang ambil saya yang kemungkinan besar akan dibuang kerja. Masa tu baru hari kedua atau ketiga. Sedih sangat rasanya.

Masa jumpa HR Manager, saya merayu pada dia supaya bagi peluang pada saya. Saya juga berjanji akan bagi komitmen sepenuhnya dan tak akan sewenang-wenangnya amik cuti atau MC dengan alasan mengandung.

Alhamdulillah HR Manager bersimpati dengan saya dan bersetuju untuk memberi peluang kedua kepada saya.

Aduh.. panjang la pulak ceritanya..

Apapun saya bersyukur sangat dikurniakan anak sulung yang soleh seperti Abang. Dari kecik dia memang jarang sakit, tak meragam dan memang anak yang senang dijaga.

Bila tutup lampu, dia pun turut sama tidur. Dia pun jenis yang cepat mesra dengan orang lain sampaikan jiran-jiran lama suka sangat dengan dia. Sampai sekarang kami masih berhubung dengan jiran lama yang dah jadi Atuk dan Nenek dia.

Sekarang ni dia merupakan anak yang sangat soleh dan taat. Dengar kata. Tak melawan. Boleh bertolak ansur. Memahami. Sayangkan adik-adik. Alhamdulillah, bersyukur sangat dapat anak yang soleh macam Abang ni.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *