Sejuk Perut Umi

Hari ni balik lambat. Sampai rumah dalam pukul 10.30 malam.

Sampai je rumah, Abang cakap,

“Umi dah lama Abang tunggu Umi sebab nak ngaji”.

Alahai.. sejuk perut umi.

Jadi, kepada ibu-ibu yang masih kurang yakin untuk ajar anak mengaji/belajar, mulakan sekarang.

Masa mengajar adalah masa terbaik untuk kita ‘bonding’ dengan anak. Masa mengajar tu kita boleh tegur kesilapan dia, dan juga boleh puji dia. Kalau setiap kali dia baca kita cakap pandai, bijak, bagus.. bukankah anak kita akan lebih yakin dengan diri dia?

Lepas mengajar pulak, kita peluk dia, cium dia, bukankah anak kita akan rasa lebih disayangi?

Dengan cara ini, masa belajar tak akan jadi masa yang tension. Tapi akan jadi masa yang menyeronokkan dan ditunggu oleh anak-anak.

Jom jadi supermom! Hebat dalam karier.. hebat dalam keluarga!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *