Potty Train

Hari ni start potty train Ali.

Dah tahap wajib potty train dia ni. Dah pandai cakap. Dah pandai mintak macam-macam. Tapi masih pakai pampers. Tak cool langsung.

Pagi tadi setengah jam sekali bawa ke tandas. Tapi tak kencing.

Pastu tetiba nampak seluar basah. Rupa-rupanya dah terkencing dan terberak dalam seluar. Mujurlah pakaikan seluar jeans panjang. Jadi tahi tak kena lantai.

Lepas tu, terkencing sekali lagi.

Dan kali ketiga, dia pandai masuk bilik air untuk kencing.

 

Dalam pukul 4 petang bawa 3 beradik keluar makan Nasi Beriyani Shahab. Lepas makan, singgah Jusco sebab Abang Iqbal nak beli selipar.

Persinggahan pertama, toilet. Suruh Ali kencing. Lama jugak kena tunggu. Bila dah settle, shopping barang dapur sikit. Tenang je shopping sebab tahu dia takkan terkencing lagi.

Dalam perjalanan balik, singgah kedai alatulis kakak saya. Dah lama tak singgah sini. Tapi kali ni singgah sebab anak-anak nak beli pensel warna.

Tengok sibuk memilih, Ali berlari keluar kedai. Bila saya kejar dia dan panggil balik, rupa-rupanya dia keluar sebab dia terberak dalam seluar lagi.

Pandai pulak lari berak kat luar kedai.

 

Sekarang dah balik rumah. Dah mandikan dia dan pakaikan baju tidur. Kejap lagi nak suruh dia kencing lagi.

Tapi malam sebelum tidur tetap nak pakaikan pampers untuk dia.

Menyesal dulu-dulu tak tulis pengalaman potty train untuk Abang Adi. At least boleh jadi rujukan untuk diri sendiri.  🙂

One thought on “Potty Train

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *