Potty Train Part II

Semalam Ali tido awal. Sebelum tido saya pakaikan pampers. Pastu pukul 4 pagi dah bangun mintak air milo.

Saya tido pukul 1 pagi. So bila kena bangun pukul 4 pagi, memang rasa pening kepala.

Temankan Ali minum. Pastu siapkan Abang Iqbal dan Abang Adi yang nak ke sekolah. Pukul 8 ambil suami di Skudai.

Saya bawa Ali pergi ambil suami dalam keadaan belum mandi dan masih pakai pampers.

Pastu balik rumah, Ali sambung tido lagi dan bangun dalam pukul 1 tengahari.

 

Dan cabaran Potty Train kembali lagi.

Mula-mula saya bawa dia temankan saya singgah di Jusco Taman Universiti dan Umall. Tapi kami tak keluar kereta pun sebab staf datang ambil barang di kereta.

Lepas tu saya balik ke rumah. Kononnya nak pergi Jusco Permas dengan suami tapi dia sibuk kemaskan stor.

Risau jugak nak bawa budak yang tak pakai pampers naik kereta jauh-jauh (perjalanan dari rumah saya ke Jusco Permas lebih kurang dalam 40 minit). Sebelum pergi suruh dia kencing dulu.

Pastu saya siap lapik kain sarung kat atas kusyen in case dia terkucil.

Alhamdulillah sampai di Jusco Permas dengan selamat.

 

Sampai je kat sana, saya terus tuju ke tandas untuk budak-budak. Sekali lagi suruh dia kencing @ berak. Bila dia kencing, legaaaaaa…

Kat sini sekejap je. Singgah hantar barang. Kami gerak balik dalam pukul 5 lebih dan jalan sangat jem. Lebih sejam jugak perjalanan balik ke rumah tadi.

Risau je dalam perjalanan tapi Alhamdulillah sekali lagi selamat.

 

Sampai je kat rumah, sekali lagi suruh dia kencing.

Lepas tu saya dah sibuk dan lupa nak ingatkan dia. Alih-alih dia dah terberak dalam seluar. Mujurlah saya pakaikan dia seluar tidur yang bercekak kat kaki.  🙂

 

Pastu cebok dan mandikan dia. Geram jugak kalau ikutkan. Saya pun ada marah dia jugak.

Lepas tu dia main-main lagi dengan Abang Adi. Dan bila saya tanya dia nak berak @ kencing tak, muka dia dah lain macam. Rupa-rupanya dah berak sekali lagi.

 

Adoiiiiiii!!!

Saya pun cebokkan dia sekali lagi dan cubit dia supaya dia serik. Pastu saya suruh dia tunggu dalam tandas. Pintu tandas terbuka. Lampu pun buka.

Abang Adi ada je kat dalam bilik. Saya pun nampak je dia. Saya pun taknak hukum teruk sangat. Taknaklah sampai dia trauma masuk bilik air.

Tapi dia punya menangis, macam kena dera. Serius risau jiran ingat saya dera anak. So, saya suruh dia keluar dan pakaikan baju.

 

Lepas tu kejap-kejap ingatkan dia untuk kencing lagi. Adalah dalam 3 kali macam tu sehinggalah artikel ni ditulis. Sekarang saya tengah tunggu dia tidur sebab nak pakaikan pampers. Taknak pakai masa dia belum tidur sebab nanti dia terus nak pakai pampers pulak.

 

Pendek kata, hari kedua ni taklah terlalu mencabar. Looking forward untuk hari ketiga esok.

Rasanya esok okay kot. Sebab Ali ni dah pandai semua dah. Bercakap dah macam orang tua. Nak duduk hotel la. Nak naik kapal terbang la. Nak mandi kolam la. Nak lego ironman la. Nak Kinder Joy la.

 

Sekian laporan hari kedua. Nantikan laporan Part III malam esok.

Hahaha.. macamlah ada orang yang tertunggu-tunggu nak baca perkembangan Potty Train Ali. 🙂

Tapi serius saya tulis ni untuk rujukan diri sendiri di masa akan datang. At least saya ada rujukan berapa hari yang diperlukan untuk ajar anak ‘buang pampers’.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *