Potong

Hari ni Abang Iqbal kena ‘potong’.

Dah lama dia request sebab kebanyakan kawan dia dah kena potong.

So sempena cuti sekolah ni kita tunaikanlah hajat dia. Hihihi..

 

Susah jugak nak bersunat ni. Bukannya boleh walk in je ke klinik. Kena booking dulu dan ada waiting list hampir dua minggu.

Pendek kata, masyuk jugak bisnes potong ni. Hahaha..

 

Ramai je yang dah sunatkan anak yang masih baby. Tapi suami saya prefer sunatkan anak bila dia dah matang sikit. Supaya ada perubahan sebelum dan selepas bersunat.

Saya pun ikutkan jelah.

 

Kalau ikutkan, Adi pun dah boleh bersunat sekali. Tapi suami saya tak setuju. Katanya belum sampai masa. Lagipun nanti Adi boleh tolong Abang Iqbal ambil air dan sebagainya sepanjang dia jadi OKU.

 

Tadi suami yang bawak dia pergi klinik dan suami pun ikut sama masuk dalam bilik doktor.

Dah sampai rumah, saya pun tak tengok tempat yang kena potong. Abang Iqbal memang pemalu sangat dan saya pun taknak paksa dia.

 

Bila baca banyak kisah-kisah perceraian, rasa bersyukur sangat sebab anak-anak saya dapat membesar dengan didikan seorang ayah. Kalau saya sorang je yang kena uruskan anak yang bersunat, mungkin saya tak faham kesakitan yang ditanggung ataupun emosi seorang budak yang bersunat.

 

Tapi serius rasa cam lain sikit bila ada anak yang dah bersunat. Rasa macam saya sendiri pun kena jadi lebih matang sebab anak dah besar. Hihihi..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *