Perasaan Sayu Seorang Ibu..

Sepanjang hujung minggu ni, saya sekeluarga bermalam di rumah abang ipar saya di Shah Alam.

Pukul 7.30 pagi tadi saya bertolak ke UIA Gombak untuk menghadiri seminar memborong 3 dalam 1 oleh team http://bisnesborongchina.com/.

Sebelum pergi, anak-anak masih tidur dan saya ternampak telinga Abang Iqbal dengan kesan darah yang agak banyak tapi dah kering. Menurut anak saudara suami, semalam Abang Iqbal menangis kesakitan kerana telinga berdarah.

Bila tahu pasal tu, hati rasa sayu sangat nak meninggalkan Abang Iqbal untuk pergi ke seminar.

Masa tu  Abang Iqbal tengah tidur lena. Nak dikejutkan pun rasa kesian. Jadi saya dan suami pun terus bertolak ke tempat seminar. Kami pun berpesan pada kakak ipar supaya hubungi kami sekiranya Abang Iqbal bangun dan mengadu kesakitan.

Sepanjang perjalanan, rasa bersalah sangat dan rasa macam nak patah balik. Kalau memang Abang Iqbal masih sakit, saya memang plan untuk balik awal walaupun perjalanan ke tempat seminar sejauh 57km.

Dalam pukul 9 saya call kakak ipar. Masa tu Abang Iqbal belum bangun. Pukul 11, saya call lagi dan dapat bercakap dengan Abang Iqbal yang kedengaran ceria.

Alhamdulillah…. rasa lega sangat. Dan lepas tu barulah hati saya rasa tenang dan dapat berseminar dengan penuh bersemangat.

Petang tadi Abang Iqbal bermain dengan ceria dan malam ni pun dia okay.

Kenapa telinga dia berdarah masih menjadi misteri. Mungkin juga dimasuki serangga.

Ya Allah peliharakanlah Abang Iqbal. Umi sayang sangat pada seorang budak soleh bernama Muhammad Aidil Iqbal.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *