Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Hari ni rasa penat sangat menjaga Baby Ali dan Abang Adi yang kurang sihat.

Abang Adi demam dan Baby Ali terkena jangkitan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFM).

20120426-162722.jpg

 

Baby Ali mula demam sejak Isnin pagi. Malam tu dah pergi ke klinik untuk ambik ubat demam. Pada malam Selasa saya perasan ada bintik-bintik merah di kakinya.

Dan bila saya bawa dia ke klinik semalam, memang sah dia terkena jangkitan HFM.

Kesian sangat sebab dah beberapa hari dia tak lalu makan mungkin disebabkan ulser di dalam mulutnya.

Alhamdulillah hari ni dia dah mula makan dan lebih aktif. Tapi seriously penat sangat menjaga anak yang tak sihat.

Untuk maklumat tentang penyakit ni, boleh rujuk di sini.. http://jknjohor.moh.gov.my/bmv2/modules/xt_conteudo/index.php?id=412

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *