Pasti Ada Hikmah Di Sebalik Sesuatu

Semalam saya bercerita dengan suami pasal perkara2 yang lucu dan kelakar yang dibuat oleh anak2 seperti:

1. Adi yang suka sembunyi bawah katil.
2. Adi tanya “Umi, Allah suka orang yang baca Iqra’ kan?” selepas selesai belajar Iqra’.
3. Iqbal yang rajin menolong umi kerana kasihankan umi yang sedang mengandung.
4. Iqbal yang sangat penakut dan mahu ditemani Adi untuk ke mana2.

Tiba2 saya terfikir bahawa ada hikmah yang sangat berharga di sebalik kesihatan saya yang tidak menentu ni. Kalau semasa sihat dulu saya sibuk dengan bisnes unit trust, kek, tuisyen dan sebagainya, tapi sekarang ni saya boleh menghabiskan lebih banyak masa dengan anak dan seterusnya mendidik mereka dengan lebih optimum.

Kalau dulu saya sibuk dengan sales target, sekarang ni target saya adalah dari segi pendidikan anak2. Matlamat jangka pendek saya sebelum melahirkan baby baru nanti adalah seperti berikut:

a. Mengajar Adi membaca BM (Setakat ni dia dah hampir menghabiskan 2/6 daripada modul yang saya buat sendiri)
b. Mengajar Adi membaca Iqra (Adi juga sudah hampir menghabiskan Buku Iqra 2/6)
c. Mengajar Iqbal 3 perkataan English sehari untuk dihafal (makna dan ejaan)

Semoga saya berjaya mencapai matlamat ini…

2 thoughts on “Pasti Ada Hikmah Di Sebalik Sesuatu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *