Nak Umi Sayang Ke Nak Umi Geram?

Soalan di atas adalah soalan saya sekiranya Abang atau Adi tidak mahu mendengar cakap saya.

Dan jawapannya mestilah..

Nak umi sayang!!

Alhamdulillah saya bersyukur sangat kerana anak-anak saya sangat mendengar kata dan boleh bertolak ansur.

Rahsianya?

Saya selalu bagi ganjaran yang tidak disangka-sangka.

Sebagai contoh pada 2 minggu lepas saya telah membawa mereka ke Tiram Indoor Water Park.

Memandangkan suami saya seorang guru dan balik awal pada hari Jumaat, kami bertolak dari rumah selepas waktu solat Jumaat dan sampai di sana dalam pukul 3 petang.

Masa tu hanya ada satu keluarga je. Best sangat boleh bermandi-manda sepuas-puas hati.

Opps.. dah off topik pulak.. hehe..

Apapun, saya dapati cara mendidik anak melalui ganjaran ini adalah jauh lebih berkesan berbanding mendidik melalui hukuman. Malah, ia juga sangat menggembirakan dan merapatkan lagi hubungan kami sekeluarga.

Kepada ibu bapa di luar sana, selamat mencuba!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *