Menangis Kerana Facebook..

Pagi tadi Abang Iqbal mengadu pasal Abang Adi yang menangis. Bila saya tanya kenapa?

Sebab dia tak boleh register Facebook.

 

Ayoyo.. baru 6 tahun dah menangis sebab nak main Facebook.

Alkisahnya Abang Adi nak sangat ada akaun Facebook. Jadi Abang Iqbal tolong registerkan emel yahoo. Lepas tu register Facebook.

Tapi bila nak login Facebook tak boleh sebab Abang Iqbal tak verify emel. Frust menonggeng Abang Adi dibuatnya.

Hahaha..

Lepas tu umi pun tolong verify akaun emel dan walla, akaun Facebook Abang Adi sudah boleh diakses.

Kat bawah ni gambar Abang Adi yang excited sebab dah ada akaun Facebook.

20120422-111055.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *