Kisah Abang Yang Terlebih Advance

Malam ni saya terdengar suara budak lelaki sedang bercakap dengan Abang Iqbal.

Saya ingatkan anak jiran saya datang ke rumah. Pelik jugak sebab tak pernah-pernah dia datang ke rumah pada waktu malam. Mungkin nak hantar kuih kot, fikir saya.

Bila saya tanya, rupa-rupanya Abang Iqbal sedang bervideo call dengan rakan sekolah dia.

Bervideo call di Facebook.

Aduyai.. advancenya dirimu Abang. Umi blogger bakal tersohor pun tak pernah guna video call di Facebook.

Bijak betul budak-budak zaman sekarang ni kan. Sebab bijak sangat, sekarang ni umi pun jadi makin malas.

Kalau nak tengok DVD pun, suruh anak tolong pasangkan. Nak pasang PS2 untuk anak main pun tak pandai. Apatah lagi nak main. Hahaha.. dalam kemodenan, ada sedikit kekampungan di situ.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *