Kisah Abang Adi Yang ‘Rajin’

Jika dibandingkan Abang Iqbal dan Abang Adi, Abang Iqbal jauh lebih rajin.

Kalau umi minta tolong, cepat je Abang Iqbal buat. Tapi Abang Adi ni ‘mencabar’ sikit.

Jadi kena selalu gunakan reverse psychology.

Bila saya bergurau-gurau dengan Baby Ali depan Abang Adi, saya akan cakap,

Nanti bila Baby besar, kena jadi soleh dan rajin macam Abang Adi ya. Abang Adi suka tolong umi. Sebab tu umi saya Abang Adi.

Tujuan pertama supaya Abang Adi tak jeles bila saya manjakan Baby Ali. Tujuan kedua supaya Abang Adi lebih rajin untuk tolong saya.

Ternyata taktik ni memang berkesan.

Malam ni pun saya cakap benda yang sama pada Baby Ali. Walaupun Baby Ali tak faham, takpe. Yang penting yang dipuji tu faham. 🙂

Tak lama lepas saya cakap macam tu, Abang Adi masuk bilik saya dengan membawa air sejuk dan cawan yang diambil dari dapur.

Biasanya kalau saya terlupa nak bawa air ke atas, saya akan meminta bantuan Abang Iqbal atau Abang Adi. Tapi malam ni dia terus ambil sendiri tanpa diminta.

Saya pun tambahlah lagi pujian,

Ha tengok.. Kan umi dah cakap Abang Adi rajin tolong umi. Umi tak minta tolong pun dia dah tolong ambilkan air.

Maka Abang Adi pun tersenyum lebar.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *