Jemput Singgah Ke Blog Adi

Hari ni Adi memulakan langkah pertama dalam dunia blogging (Anak relaks je.. mak dia pulak yang excited. Boleh gitu?)

Sebenarnya Adi dah boleh membaca dan menulis tetapi sebagai budak kecik yang tengah lasak, memang susah nak suruh dia duduk diam-diam dan membuat aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Jadi, saya memang plan nak gunakan teknologi blogging ni untuk menggalakkan Adi menulis.

Sebelum ni dah banyak kali saya tanya dia nak tulis blog tak, tapi dia taknak. Hari ni semasa saya nak update blog Galeri Anggun, tetiba je dia mintak nak tulis blog. Saya pun apalagi dengan penuh semangatnya register http://muhammadadiirsyad.blogspot.com untuknya.

Lepas tu saya pun mencari free template untuk kanak-kanak dan memberi peluang kepada Adi untuk memilih template yang disukainya. Bila dah dapat template yang dia suka, Adi makin bersemangat nak tulis blog. Hehe.. berjaya jugak taktik saya untuk menarik minat dia menulis.

Kalau nak tengok blog Adi, boleh klik di sini http://muhammadadiirsyad.blogspot.com

2 thoughts on “Jemput Singgah Ke Blog Adi

  1. admin Post author

    Hehe.. biasala anak mak katakan..

    Nanti kalau Min dah ada anak, jangan lupa buatkan blog untuk anak2 anda ye. Hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *