Iqbal Sudah Mula Membaca Al-Qur’an
Alhamdulillah.. bermula hari ini Iqbal mula membaca Al Qur’an selepas menghabiskan Muqaddam dengan jayanya dalam tempoh seminggu.
Pada mulanya risau jugak kotlah dia mengalami kesukaran, maklumlah ayat-ayat di dalam surah Al Baqarah agak panjang berbanding surah2 di dalam Muqaddam (Juz Amma). Ternyata kerisauan saya tidak bertempat sebab dia boleh membaca dengan baik. Dalam masa setengah jam dia boleh membaca 3 muka surat. Alhamdulillah..
- Adakah Kita Mendidik Anak Menjadi Seorang Pembuli?
- Anak2 Mula Bersekolah