Iqbal Dah Khatam Al Qur’an

Alhamdulillah hari ini anak saya Iqbal sudahpun khatam Al Qur’an. Hanya tuhan yang tahu betapa bahagia dan gembiranya saya pada hari ini. Berbaloi2 rasanya masa dan tenaga yang dicurahkan untuk mengajar dia membaca Al Qur’an sebelum ini.

Adi pula sudah mula membaca Iqra’ 6. Insya’Allah sebulan lagi dia akan membaca Muqaddam dan seterusnya Al Qur’an. Saya harap dia mula membaca Al Qur’an sebelum saya bersalin pada akhir April ini.

Selepas ini saya akan terus mengajar Iqbal membaca Al Qur’an tetapi akan disertakan juga dengan tafsirnya supaya dia dapat mengetahui dan memahami cerita2 di dalam Al Qur’an.

Saya rasa sangat bersyukur kerana diberikan kelapangan masa untuk mengajar anak2. Seperti yang pernah saya tulis sebelum ini, mungkin inilah hikmah di atas kesihatan saya yang kurang baik di sepanjang kandungan saya yang ketiga ini.

Saya juga sangat berharap kehadiran Baby Ali (atau Alisa 😛 ) nanti tidak akan menjejaskan aktiviti pembelajaran Al Qur’an Iqbal dan Adi. Insya’Allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *