Hensemnya Awak Ni. Boleh Berkenalan?

Abang Adi adalah seorang budak lelaki yang suka bergaya. Dia boleh duduk depan cermin lama-lama sambil menggayakan fesyen rambut yang berlainan.

Beberapa hari lepas dia sikat rambut dia kemas sangat dan saya pun puji dia,

Umi : Hensemnya awak ni. Boleh berkenalan?

Abang Adi : Apalah umi ni. Kan umi yang bagi nama pada Abang Adi. Kenapa nak berkenalan pulak?

Umi : Sebab hensem sangat. Umi rasa nak berkenalanlah..

Abang Adi : (Senyum tersipu-sipu)

 

Tapi masa tu tak sempat nak snap gambar Abang Adi. Jadi kita tengok gambar dia belajar Iqra’ jelah.

20120416-230544.jpg

Satu-satunya masa dia boleh duduk diam 🙂

Bukan senang nak ajar anak mengaji. Memang betul-betul menguji jiwa dan raga.

Tapi kalau kita tak berkorban, rugi sangat kalau anak kita terus membesar tanpa pandai mengaji.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *