Hari Pertama Berlalu Dengan Jayanya..

Hari ni hari pertama Baby Ali ke taska, dan juga hari pertama Abang Adi balik lambat dari sekolah PASTI.

Biasanya cikgu Abang Adi tolong hantarkan Abang Adi ke rumah sekitar pukul 1 tengahari. Tapi since Baby Ali dah dihantar ke taska dan saya boleh keluar bekerja, jadi saya dah maklumkan pada cikgu bahawa setiap hari Abang Adi akan diambil oleh suami saya sekitar jam 2.30 petang.

Bila saya tanya Abang Adi apa yang dia buat selepas waktu sekolah, dia kata dia makan tengahari, solat Zohor, pastu tidur.

Wah.. ini sudah bagus.

Kalau kat rumah pun saya tak suruh dia solat. Jadi bagus jugak dia balik lambat. 🙂

Baby Ali pulak nampak okay je masa saya ambil dia petang tadi.

Saya pun dah janji dengan dia untuk bawa mainan dia ke sekolah esok dan dia cakap,

Nak..

Hahaha.. Jangan ingat budak dua tahun tak boleh faham apa yang kita cakap ya. Yang penting ibu bapa kena selalu berkomunikasi dengan anak.

Alhamdulillah.. Hari pertama dah berlalu dengan jayanya. Bolehlah saya bertugas di roadshow dengan senang hati esok. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *