Hari Jadi Abang Iqbal

Hari ni Abang Iqbal genap 10 tahun.

Teringat susah payah nak melahirkan dia dulu. Pergi hospital dalam pukul 2-3 pagi sebab dah pecah air ketuban.

Pukul 8 pagi bukaan masih 2cm. So doktor pun masukkan ubat untuk induce.

Pukul 12 tengahari dah rasa sakit. Pukul 3 petang masuk labour room dan bersalin pukul 12 malam.

Masa nak bersalin tu, dah tak larat nak teran sebab dah kehabisan tenaga. Masa tu memang rasa dah taknak bersalin dah. Serik sangat!!

Masa bersalin tu umur saya 22 tahun dan suami 23 tahun. Masa suami datang melawat saya, nurse tengok semacam je. Sebab macam adik datang melawat kakak je. Maklumlah lelaki umur 23 tahun kan nampak cam belum matang lagi.

Walaupun pengalaman bersalin tu sangatlah mengerikan, Alhamdulillah Abang Iqbal ni memang senang nak dijaga. Dari kecik dia jenis yang mudah mesra dengan semua orang. Waktu malam pun dia senang tidur.

Pendek kata, cuma susah masa bersalin je. Penjagaan memang sangat senang. Sampailah sekarang.

 

Hari ni saya tanya dia apa yang dia nak sebagai hadiah harijadi. Katanya nak CD game.

So petang tadi kami sekeluarga keluar ke KIP Mart Tampoi untuk beli CD game. Tapi end up saya tunggu dalam kereta je sebab rasa tak larat sangat nak keluar.

Untuk kek pulak, saya order Pavlova dari Bonda Bites. Yang ni sebenarnya sebab saya yang mengidam. Hihihi..

 

Selain Pavlova, saya pun mengidam nak makan strawberi bersalut coklat. So tadi suami pun singgah Jusco Taman U untuk belikan buah strawberi, coklat dan juga whip cream.

Nyummyyyyy!!

 

 

One thought on “Hari Jadi Abang Iqbal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *