Gemuk

Hari ni bibik bagitahu saya Adi panggil seseorang dengan panggilan ‘Gemuk’.

Ok, ini semua salah saya. Saya suka bergurau dengan suami dan panggil dia ‘Gemuk’.

Kenapa?

Sebab dia tidak gemuk. Dan sebab saya rasa panggilan tu sangat comel. Actually bukan tu je, saya pun selalu panggil dia ‘Hensem’, ‘Genius’, ‘Cinta Hatiku’ dll. Pendek kata, saya memang suka panggil nama-nama yang dirasakan comel.

Saya memang gemuk tapi saya tiada sebarang kaitan dengan cerita ni. Okey?

So, sekarang macamana? Nak panggil ‘Gemuk’ lagi?

Ok, sekarang saya dah insaf. Saya takkan panggil sesiapa pun dengan panggilan Gemuk walaupun sekadar gurauan. Saya pun dah lecture Adi dan bagitau dia tak baik panggil orang lain dengan panggilan ‘Gemuk’. Kalau nak panggil ‘Hensem’, ‘Comel’ atau ‘Genius’ tak pe.

Lepas ni, beringat ye kawan-kawan!

3 thoughts on “Gemuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *