Dating Dengan Cinta Hati

Pukul 10 pagi keluar rumah bersama cinta hati dan jadi antara pelanggan terawal di Jusco Taman Universiti. 🙂

Saja je bawa Baby Ali jalan-jalan santai. Bila tak ramai orang, rasa lebih yakin nak bagi dia jalan sambil kami berpimpin mesra. Chewah…

Kat bawah ni gambar Baby Ali main kat tempat permainan. Kesian jugak bila tengok dia main sorang-sorang sebab memang langsung tak ada budak lain masa ni.

Nak main sama-sama, kang kena saman dengan Jusco di atas tuduhan sengaja menyebabkan kerosakkan harta benda awam. 🙂

20120418-145509.jpg

Dari rumah lagi dia pakai kopiah PASTI milik Abang Adi. Bila ditanggalkan, dia nangis, jadi dia pun pakailah kopiah tu di sepanjang waktu dating.

Ramai yang tegur ustaz la, tok imam la. Amin.. Minta-mintalah makbul doa adik, kakak, abang dan makcik pakcik di Jusco tadi. 🙂

20120418-145516.jpg

Ni pulak gambar di pit stop seterusnya iaitu Giant berdekatan rumah. Suka sungguh dia tengok arnab. Umi pulak suka tengok gelagat dia.

20120418-145522.jpg

Alhamdulillah, suka sangat bila dapat menggembirakan cinta hati. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *