Comelnya Anak Kita..

Antara soalan yang sering saya tanya pada suami adalah, “Awak rasa anak2 kita ni memang betul2 comel ke atau saya je yang rasa camtu sebab diorang tu anak saya?”

Jawapan suami : “Saya rasa anak kita memang comel. Tapi mungkin disebabkan diorang tu pun anak saya. Hehe..”

Kesimpulannya: Setiap ibubapa merasakan anaknya comel!!

Sebenarnya perasaan ibubapa ini merupakan salah satu bukti kebijaksanaan Allah s.w.t. Ini kerana, melalui perasaan ini, ibubapa akan merasa kasih dan sayang pada anak2 mereka. Jadi mereka akan menjaga anak mereka sebaik-baiknya dan juga sebagai penyejuk hati tatkala anak2 melakukan kesalahan. Anak2 juga merupakan sumber kegembiraan dan kebahagiaan.

Walaupun perjalanan hidup saya tidaklah sebegitu indah tetapi saya sangat bersyukur kerana dikurniakan 2 orang putera yang sungguh comel :), pandai, boleh bertolak ansur dan sangat petah berkata2. Dan Insya’Allah 2 bulan lagi kami akan menyambut kedatangan ahli keluarga kami yang baru. Alhamdulillah atas segala rezeki dan rahmatmu Ya Allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *