Bila Anak Demam..

Pagi tadi badan Baby Ali panas. Jadi saya plan tak nak pergi mana-mana.

Tiba-tiba ada klien call. Dia nak jual sebahagian pelaburan sebab nak pakai duit untuk urusan perceraian.

Terkejut sangat dengar berita ni sebab suami dia pun klien saya jugak.

Jadi saya pergi berjumpa dia untuk isi borang pengeluaran sambil mendengar luahan hati dia. Sedih sangat dengar cerita dia sampai saya pun menitiskan air mata.

Perkahwinan selama 25 tahun seolah-olah tak bermakna langsung di mata suaminya. Padahal diorang pun dah ada menantu dan baru je dapat cucu.

Selalu kita dengar menantu = hantu. Tapi menurut kata klien saya, dalam kes ni bapak mertua = hantu. Dalam sedih, sempat lagi dia buat lawak. 🙂

Sambil-sambil tu saya menyuap Baby Ali yang memang tak berselera.

Lepas tu pergi ke pejabat Public Mutual. Mujurlah Kak Yati meletop pun ada kat sana jadi saya minta pertolongan dia untuk ambil borang dari saya dan tolong submitkan.

Sepanjang perjalanan Baby Ali tidur je. Rasa kesian sangat.

Sebelum balik, singgah ambik Abang Adi di sekolahnya. Rupa-rupanya Abang Adi pun demam. Sampai kat rumah, dua beradik sambung tidur lagi.

Nampak gayanya saya betul-betul kena bekerja dari rumah sehinggalah anak-anak sihat.

Tapi takpe, internet dan telefon kan ada… 🙂

Jom tengok gambar budak demam tidur..


20120423-142608.jpg

20120423-142551.jpg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *