Baby Ali Yang Suka Keluar Jalan-Jalan

Petang tadi bawa Abang Iqbal dan Abang Adi ke kedai alatulis untuk beli alatan lukisan.

Rancangan asal lepas tu nak bawa diorang jalan-jalan di Jusco. Tapi dua beradik tu dah tak sabar nak melukis, jadi kami hantar mereka berdua balik.

Biasalah budak-budak kan, bila dah dapat apa yang dia nak, mesti tak sabar nak balik rumah.

Lepas tu saya, suami dan Baby Ali pergi ke Jusco. Sebelum kami pergi, Abang Adi siap cakap,

Yeay! Baby Ali tak boleh kacau Abang Adi melukis!!

Hahaha.. nampak sangat Baby Ali pengacau profesional.

Baby Ali sekarang ni suka sangat ajak kami jalan. Dia baru je pandai cakap dan antara perkataan favourite dia adalah “Wa” yang bermaksud “Nak keluar”.

Sampai kat Jusco, lepaskan dia main kat tempat permainan. Gembira sangat dia.

Jom tengok gambar dia kat tempat permainan..

 

20120323-205331.jpg

20120323-205344.jpg

 

Sekarang ni target nak kerja sungguh-sungguh, kumpul duit banyak-banyak pastu boleh spend banyak masa dengan keluarga. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *