Baby Ali Riang Gembira

Malam ni saya bermain buaian dengan Baby Ali sementara menunggu kedatangan business partner saya yang ingin mengambil borang pelaburan.

Baby Ali dengan penuh solehnya duduk di sebelah saya dan kelihatan sangat gembira.

Rasanya kegembiraan sebenar seorang baby adalah bila ibunya ada di sisi.

20120307-204946.jpg

Penghibur hati umi

Dulu masa ada anak sorang, pernah terfikir macamana agaknya orang yang ada anak ramai boleh bahagikan kasih sayang antara anak-anak.

Rupanya memang boleh.

Rupanya memang ada banyak sangat kasih sayang dalam diri kita. Dan berapa pun bilangan anak yang kita ada, memang kita boleh sayang sangat pada setiap anak kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *