Angkot

Masa kat Bandung minggu lepas ada la dua kali camtu naik Angkot @ Angkutan Kota.

Angkot ni van kecik yang diubahsuai jadi ala-ala ‘prebet sapu’.

 

Untuk ibu mengandung, kurang sesuai. Sebabnya seat dia rendah dan memang tak selesa. Dahlah bergegar semacam. Kalau dah sarat, mungkin boleh bersalin awal.

 

Hari ni lepas ambil Ali dari sekolah PASTI, saya dan suami bawa dia jalan-jalan cari makan.

Bila nampak van, dia pun cakap,

Umi, nak naik angkot!

 

Nampak van kecik ke, besar ke, semua dia ingatkan angkot. Comel sangat.

 

Pastu semalam ada kebakaran dalam 2-3 km dari rumah saya. Teruk jugak kebakaran tu. Rumah kedai 3 pintu terbakar rentung.

So suami saya cerita la dengan Ali. Kedai ni dah kena jilat api.

 

Ali pun cakap,

Mana ada jilat. Kena bakar api la.

 

Pastu suami sibuk nak huraikan panjang lebar pasal kedai dijilat api.

Saya pun cakapla, janganlah guna Bahasa Melayu aras tinggi dengan budak kecik. Pada Ali, jilat tu macam kita makan aiskrim. Gunakan lidah untuk jilat aiskrim. Macamana pulak api ada lidah nak jilat rumah. Tulah dia confuse.

 

Hehe.. Tu je nak share. Kisah budak nak masuk 4 tahun yang tengah banyak mulut. 🙂

2 thoughts on “Angkot

  1. mezik

    Joy…teringat kisah lama ngn Angkot2…6 tahun lps kami ke Medan..naik Angkot2…masa tu tengah pregnant kan Daryn 7 bulan…..lps 3 hari balik m’sia terus bersalin…huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *