Anak-Anak Pun Excited..

Semenjak saya dan suami terjebak dalam bisnes kain ni, anak-anak pun sangat rajin membantu menyusun, mengira dan mengemas stok kain.

Antara cara yang saya gunakan untuk meminta pertolongan Abang Iqbal dan Abang Adi adalah dengan menyatakan bahawa ini adalah bisnes baru umi dan abah. Kalau bisnes ni berjaya, nanti bolehlah kita pergi melancong ke tempat yang ada salji.

Jadi Abang Iqbal dan Abang Adi sangat gigih membantu saya. Minta tolong sikit je, diorang akan tolong dengan penuh semangat. Abang Iqbal banyak membantu mengira stok dan Abang Adi pula tolong mengambil air masak. Hahaha.. janji ada tanggungjawab kan.

Yang kelakarnya semalam Abang Iqbal bagitau bahawa dia dah bercerita dengan kawan-kawan sekelasnya tentang bisnes baru kami ni. Dia siap cakap dengan kawan-kawan suruh bagitau pada mak diorang.

Kecik-kecik dah pandai promote. Rasa kelakar sangat!!

Lepas ni saya plan nak buat leaflet dan minta Abang Iqbal passkan pada rakan-rakan sekelasnya untuk dikirimkan pada ibu bapa mereka. Abang Iqbal excited sangat dengan idea ni dan dah tak sabar-sabar nak bagi.

Seriously seronok sangat bila anak-anak memahami dan memberi sokongan terhadap bisnes yang kita buat. 🙂

 

6 thoughts on “Anak-Anak Pun Excited..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *