Ali Tenat..
Ni kisah minggu lepas.
Sebelum saya ke KL, memang tak plan nak bawa Ali. Sebab saya kan ada beberapa appointment. Memang tak sesuai bawa anak kan.
Tapi sebelum pergi tu, dia merayu rayu nak ikut. Dan saya rasa kesian sangat.
Saya pun terus siapkan beberapa helai baju dia dan bawa dia sekali.
Dalam perjalanan tu, dia cakap..
Umi, Ali tenat..
Hahaha.. comel sangat. Ada ke orang tenat cakap macam tu kan?
Sekarang memang dia dalam proses belajar cakap. Antara perkataan yang dia selalu sebut
penat = tenat
peluk = deluk @ teluk
pegang = degang
jangan = angai
Memang tak nyesal bawak dia ikut pergi KL sebab saya memang rasa terhibur di sepanjang perjalanan.
Dua hari ni pun saya bekerja dari rumah sahaja sambil-sambil melayan dia.
Ok bye. Saya nak degang dan deluk Ali. 🙂
Muka budak Tenat yang baru bangun tido
- The Silent Treatment
- Awak Dah Biasa..