Waktu Susah Kita Belajar Banyak Benda

Tadi nampak quotes di bawah di Facebook salah seorang BFF saya iaitu Cik Min.

It is during the hard times that we learned a lot. When times are good,we don’t really feel to do extra things,therefore we learn less.

 

Betul sangat kan?

Pada bulan 10 & 11, bisnes Benang Hijau sangat bagus. Setiap hari saya dan para pekerja sangat sibuk. Sibuk sehingga saya tidak ada masa untuk menggunakan teknik promosi yang baru dan juga untuk berfikir di luar kotak tentang bagaimana untuk memajukan lagi bisnes Benang Hijau.

Pada bulan 12 pula, sales jatuh.

Pertama, adalah disebabkan musim cuti sekolah yang mana kebanyakan orang menghabiskan duit untuk pergi bercuti dan juga untuk persiapan sekolah anak-anak.

Kedua, kebanyakan pelanggan Benang Hijau adalah guru-guru yang membuat tempahan beramai-ramai. Jadi bila sekolah bercuti, kuranglah order daripada guru-guru ini.

Ketiga, perubahan pada Facebook yang mana hanya 7% fan akan melihat status yang diupdate oleh page owner.

 

Tapi saya anggap ni adalah masa untuk saya bertenang dan fikirkan idea-idea promosi, standard of procedure (SOP) baru, ayat power baru, cara kerja baru dan juga untuk berfikir tentang cara promosi selain Facebook.

Dan semasa kunjungan saya ke Vietnam pada minggu lepas, supplier saya di sana juga turut mengadu tentang sales mereka yang jatuh teruk pada bulan Disember setiap tahun.

Menurut Azizah (BFF saya di Vietnam), bulan 12 memang slow tapi bisnes kain dan pakaian akan mula sibuk dari Februari sehingga bulan puasa. Pastu slow sekejap selepas raya dan kembali rancak sebelum raya haji. Memang macam tulah cycle bisnes pakaian.

Fuhh… lega sangat mendengar maklumat ini. Ingatkan bisnes Benang Hijau saja yang terjejas rupanya ini adalah fenomena global. 🙂

Tapi kalau taknak terjejas pun boleh. Kalau ada 300,000 fan di Facebook, insyaAllah memang tak terjejas. Malah, mungkin kena marah dengan pelanggan bila barang out of stock sebelum mereka sempat order.

Alhamdulillah.. Memang rasa happy sangat dengan progress Benang Hijau walaupun belum setengah tahun melibatkan diri dalam bidang ini.

Tak sangka saya terjebak dalam bisnes pakaian sehingga ke tahap ini. Lepas ni nak kena ulang baca buku 4 Hour Work Week untuk dapatkan idea bagaimana untuk terus berkembang dengan penglibatan minimum dari saya. 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *