Terlebih Sibuk

Semenjak balik dari Vietnam, saya lebih sibuk dari biasa.

Sibuk dengan anak-anak yang nak bermanja setelah ditinggalkan selama 4 hari.

Sibuk dengan business partner baru yang nak mendaftar. πŸ™‚

Sibuk dengan business partner yang ada masalah. (Saya suka ahli kumpulan yang ada masalah. Ahli kumpulan ada banyak masalah bermakna mereka buat aktiviti jualan. Kalau tak ada masalah, lagilah bahaya!!)

Sibuk dengan klien yang nak buat penambahan pelaburan.

 

Sibuk sangat sampai tak sempat nak ambil gambar telekung yang cantik-cantik, kain cotton yang comel-comel, beg telekung yang kiut-miut dan juga jubah lycra yang anggun menawan.

Atas permintaan, saya akan pergi semula ke Vietnam pada 8 dan 9 Julai ini untuk restok baju kurung bermanik yang terhangat di pasaran.

Kepada yang nak tengok produk-produk yang saya bawa balik dari Vietnam, jemput singgah dan like page baru saya iaituΒ https://www.facebook.com/pages/Pesona-Cotton/339437169466322

Diskaun istimewa akan diberikan untuk kenalan rapat dan juga pengomen tegar blog ini. πŸ™‚

p/s : Saya sedang mencari nama yang sesuai untuk bisnes baju kurung dan kain cotton saya. Jika anda dapat cadangkan nama yang menarik, saya akan hadiahkan anda sepasang kain English Cotton yang sangat meletop sekarang. Sila kongsikan idea anda di ruangan komen. Terima kasih! πŸ™‚

5 thoughts on “Terlebih Sibuk

    1. Fadzilah Mamat Post author

      Boleh. Saya baru sempat upload gambar 2 telekung. Tapi kualiti dia memang cantik. Sesuai digunakan sebagai hantaran atau hadiah buat orang yang tersayang.

      p/s : Kalau nak suruh suami hadiahkan pun sesuai sangat!! πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *