Suasana Meriah Di Public Mutual JB
Hari ni saya ke pejabat Public Mutual JB untuk submit borang pendaftaran ejen baru dan juga beberapa borang pelaburan klien.
Sampai je kat sini, terkejut sangat tengok suasana yang sangat meriah dari luar pintu.
Mungkin jugak disebabkan hari ni banyak syarikat yang masih bercuti, jadi ramai pelabur yang datang untuk tengok status pelaburan mereka.
Selain itu, rakan-rakan UTC pun sibuk menghantar borang sebelum tarikh cut off bulan ni.
Jom tengok gambar suasana kat pejabat saya..
p/s : Entri ditulis di kaunter sementara menunggu staf menguruskan borang-borang yang saya submit.


