Sibuk Sangat..

Sememangnya saya tersangat sibuk sejak kebelakangan ni.

Sibuk dengan bisnes Benang Hijau, sibuk dengan bisnes Public Mutual dan sibuk menjadi ibu kepada 3 orang anak yang comel. 🙂

Sibuk sangat tapi seronok sangat.

Dalam pada sibuk dengan Benang Hijau, Alhamdulillah setiap minggu saya tetap mengadakan Group Meeting SMART Consultant Team di Taman Pulai Perdana.

Dan saya juga tetap berjumpa dengan pelabur baru dan juga business partner baru. 🙂

InsyaAllah bulan 12 ini saya akan ke Guangzhou untuk borong kain di sana. Mungkin kali ni nak ambik berkayu kayan. 🙂

Bila dah terlibat dalam bisnes kain dan selalu ke luar negara, saya mula nampak banyak peluang untuk buat duit. Cuma tinggal nak dengan tak nak sahaja. Dan sememangnya susah untuk buat banyak benda dalam satu masa.

Esok kain-kain baru akan sampai dan kami pastinya akan menjadi lebih sibuk daripada biasa.

InsyaAllah lepas ni saya kan kembali menulis.

Saya doakan anda juga dilimpahi kebahagiaan dan kegembiraan dalam menjalani kehidupan seharian anda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *