Sewa Mahal vs Sewa Murah

Hari ni macam ada banyak benda je nak dikongsikan kat blog ni. :)

 

Hari ni nak bercerita pasal sewa mahal vs sewa murah untuk ruang niaga samada kedai @ kiosk @ tapak di dalam shopping mall.

 

Saya mula sewa tapak promosi di shopping mall pada tahun 2008. Masa tu untuk buat roadshow Public Mutual.

Saya pernah buat roadshow yang mahal. Yang murah. Dan juga yang PERCUMA.

Tapi bila dah buat kat semua tempat ni, saya pilih tempat yang mahal. Lagi mahal, lagi bagus.

 

Sebab tempat yang mahal ni maknanya pengunjungnya ramai. Kalau tempat yang selalu penuh dan kena masuk waiting list, lagi bagus. Maknanya tempat tu memang boleh buat duit. Bila boleh buat duit, walau mahal macamana sekalipun, kita pasti akan untung.

Tempat yang PERCUMA atau murah pulak, biasanya tak ada orang. Bila tak ada orang, tak ada sales. Bila tak ada sales, kita rugi masa dan tenaga. Dan semangat berbisnes pun akan menguncup. Lama kelamaan kita mungkin berhenti berniaga terus.

 

Berdasarkan pengalaman, saya memang takkan berniaga di tempat yang PERCUMA. Saya juga taknak berniaga di tempat tempat yang kurang strategik walaupun sewa murah macamana sekalipun.

 

Berapakah sewa yang murah dan berapakah sewa yang mahal?

Di sekitar JB & KL, sewa bawah RM2000 sebulan adalah murah. Dan sewa sekitar RM2000-RM6000 sebulan adalah reasonable. Reasonable bermaksud insyaAllah hasilnya nanti berpadanan dengan sewa yang dibayar.

 

Lagipun tempat yang sewa murah ni biasanya crowd dia pun dari kalangan orang yang kurang berduit.

Ni bukan statement berlagak. Tapi kalau kita nak berniaga, kita mestilah nak cari tempat orang yang berduit dan mampu beli barangan kita kan.

 

So bila kita sewa di tempat yang mahal sedikit tapi orang ramai, kita pun boleh je naikkan sedikit harga barang untuk menampung kos sewa.

Tapi kalau kita jual di tempat yang tak ada orang, kita jual harga murah macamanapun pasti tak laku jugak.

 

Sekarang ni ada juga outlet saya yang termasuk dalam kategori sewa murah dengan kadar sewa RM1100 sebulan. Dari segi sales, memang jauh ketinggalan dari outlet-outlet lain. Tapi saya masih bertahan sebab tempat ni saya jadikan sebagai pusat pengeposan barangan untuk pelanggan yang membeli secara online dan juga tempat untuk saya jual barangan yang kurang laku pada harga yang lebih murah.

 

Kepada sahabat-sahabat atau adik-adik yang baru nak berniaga, kalau serius, jangan main bukak je. Survey betul-betul. Biar bayar lebih sikit yang penting barang kita boleh dijual.

 

Good luck! :)

2 comments

Post a comment

You may use the following HTML:
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge