Tuesday March 24, 2009 20:48

Seronoknya jadi Unit Trust Consultant..

Posted by FadzilahMamat

Hari ini saya telah berjumpa dengan seorang prospek yang ingin memulakan pelaburan unit trust Public Mutual. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan prospek ni pertama kalinya pada bulan Mei tahun lepas semasa saya mengadakan roadshow di IOI Mall, Kulai.

Tanpa disangka, selepas hampir setahun dia telah menghubungi saya untuk melabur. Dia ingin melabur sebanyak RM5000. Dengan hanya berjumpa selama 20 minit untuk memberi penjelasan lanjut dan mengisi borang pelaburan, saya mendapat komisyen sebanyak RM166 (RM5,000 x 3.32%). Okay tak?

Sebenarnya setelah hampir dua tahun terlibat di dalam industri unit trust bersama Public Mutual, saya rasa semakin seronok dan semakin bertuah. Ini kerana benih-benih yang saya tanam sebelum ini (promosi yang dilakukan untuk mendapatkan pelabur) telah membuahkan hasil yang sangat baik.

Walaupun sebenarnya kebelakangan ini saya agak sibuk dengan pelajaran dan keluarga, dan tidak mencari pelabur baru, tetapi setiap bulan saya masih mampu mendapat pendapatan yang baik melalui prospek-prospek lama yang mula menghubungi saya dan juga daripada pelabur sedia ada yang ingin menambah pelaburan. Pada bulan lepas, salah seorang pelabur saya telah menambah pelaburan sebanyak RM29,000. Daripada situ, saya telah mendapat komisyen sebanyak RM962.80 (RM29,000 x 3.32%). Itu belum ditambah lagi dengan pelabur yang melabur menerusi EPF kerana mereka boleh menambah pelaburan setiap 3 bulan. Dengan kata lain, saya sudah ada pelabur tetap untuk setiap bulan.

Atas sebab inilah suami saya memang menyokong pembabitan saya di dalam industri unit trust ni. Ini kerana saya mampu memperoleh pendapatan yang lumayan tanpa perlu bekerja 8 jam sehari. Bulan April ni saya akan menamatkan pengajian Sarjana saya di UTM, selepas itu saya bercadang untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada bisnes unit trust saya ini. Doakan kejayaan saya..



Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust.

Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.
Related Posts with Thumbnails

Comment Form


CommentLuv Enabled

Peluang Kerjaya

Sila klik banner di bawah untuk maklumat lanjut tentang kerjaya Unit Trust Consultant yang boleh membantu anda menjana pendapatan tambahan dengan cara yang profesional, tidak menganiaya orang lain, stress-free dan modal permulaan yang rendah.

Email Subscription

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Join Me On Facebook!

Chat With Me!

Archives

Recent Comments

  • FadzilahMamat: Bagi saya ada baiknya terus sambung phd lepas ijazah sebab dapat jimatkan masa.
  • FadzilahMamat: Kalau nak buat di rumah tak perlukan lesen.
  • odong: yoa,, mkasih tipsnya, dipikir pikir sampai kpan ku bgini trus,,, ku pengen lpas dari dunia lama,,, ku pengen...
  • far: sape yg ada mklumat sen.nama kpli 2008 kt IPTI,macm ner nk dpatkan no tel diaorg
  • Ferdinand Yeo: Saya seorang guru di bandar Miri, ingin memberi tuisyen di rumah untuk pelajar dari sekolah rendah dan...

My Business

Info Pelaburan Unit Trust





Kelas Buat Blog





Kelas Cepat Membaca

My Business

Blogs I Read

My Friends

My Sponsor




Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pelaburan Unit Trust dan peluang kerjaya sebagai seorang Unit Trust Consultant yang mampu menjana pendapatan lumayan dengan waktu kerja yang sangat fleksibel dan boleh dilakukan secara part time atau full time!