Seronok Memberi..

Sepatutnya esok hari gaji. Tapi sebab petang ni saya akan ke KL, jadi hari ni saya bayar gaji kepada staf di JB.

Seronok dapat memberi. Dan seronok bila melihat staf seronok. 🙂

Mula-mula bisnes dulu, setiap kali time gaji, saya terpaksa bayar menggunakan komisyen Public Mutual saya.

Tapi Alhamdulillah sejak beberapa bulan kebelakangan ni, saya dah tak perlu usik duit Public Mutual lagi.

Kadang-kadang bila orang tanya berapa modal permulaan saya buat bisnes kain, memang saya tak boleh cakap dengan tepat.

Sebab saya mulakan dengan modal yang tak banyak. Beli barang, jual barang, pastu beli lagi dan setiap kali dapat komisyen Public Mutual saya pun akan gunakan untuk beli barang lagi.

Kiranya sekarang ni saya memang tak boros. Hanya beli barangan keperluan sahaja. Tak ada beli kehendak. Eh ada kot. Sebab kehendak sekarang dah bertukar. Kehendak sekarang adalah stok kain dan baju yang banyak. 🙂

Alhamdulillah semalam dah confirm untuk buka satu lagi cawangan di sebuah Tesco di JB. Lokasi dirahsiakan dahulu. Plan akan start pada 1 Mei.

Dan sekarang ni sangat pening jugak memikirkan susun atur, stok, pekerja, internet, laptop, telefon, signboard dan pelbagai benda yang perlu ada di sebuah kedai.

Bukan senang nak jadi bos @ tokey. Memang betul pendapatan 9/10. Tapi tanggungjawab pun 9/10 jugak. Serius tak tipu.

Memang pekerja yang jaga kedai. Tapi itu cuma 1/10 daripada tangungjawab. Bos perlu cari tapak, cari barang, cari pekerja, sediakan kelengkapan, tetapkan harga, buat promosi, fikirkan susun atur dan sebagainya.

Memang bukan senang nak senang.

Tapi saya tak mengeluh. Sebab saya pun suka sibuk. Kalau tak sibuk saya akan rasa stress. Rasa macam tak betul-betul gunakan masa yang ada.

Antara impian sekarang adalah untuk beli rumah yang lebih selesa di sekitar Kempas @ Taman Setia Tropika @ Bandar Dato Onn @ Taman Impian Emas. Sebabnya nak tinggal lebih dekat dengan sekolah Abang Iqbal dan Abang Adi.

Tapi bukan sekarang. Sebab sekarang ni nak mantapkan bisnes di samping nak bersedia untuk bulan puasa ni. InsyaAllah lepas raya baru nak fikir pasal ni. Sekarang nak bisnes betul-betul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *