Saya Tak Sabar..

Saya ada satu penyakit kronik. Penyakitnya adalah penyakit tak sabar. Kalau nak sesuatu benda, memang rasa tak sabar sangat.

Macam sebelum ni, nak naik ke pangkat Agency Manager ni, rasa tak sabarnyaaaaaa…

Bila dah naik pangkat pada April 2011, memang happy sangat. Selepas tu sepanjang tahun 2011 saya tenang je. Tiba-tiba bila tahun 2012 muncul, penyakit tak sabar datang kembali.

Tak sabar nak jadi Group Agency Manager!!

Syarat untuk naik pangkat secara biasa adalah buat personal sales RM2.5 juta dan group sales sebanyak RM18 juta selama 2 tahun.

Kalau nak lebih cepat, pun boleh. Boleh naik pangkat secara fast track. Tapi kena gandakan personal sales dan group sales. Tu yang ‘mencabar’ tu..

Setakat ni untuk naik ke pangkat GAM secara biasa insyaAllah dalam genggaman. Tapi tak sabarnya rasa nak menunggu April 2013. Nak sangat!!

Dalam pada tak sabar nak jadi GAM, tetiba rajin godek-godek blog dan pasang iklan Nuffnang. Boleh gitu? 🙂

Masyukkk..

Pastu bila baca pasal pasif income blogger lain yang mencecah beribu-ribu ringgit sebulan melalui Nuffnang, perasaan tak sabar muncul lagi.

Nak jugak!!

Dengan ini saya merancang untuk menulis blog dengan sangat kerap (mungkin 3 kali sehari) sebab nak dapat pasif income melalui Nuffnang jugak.

Bukan apa, sebelum ni dalam pada tak serius berblog, saya pun dah dapat income Nuffnang ni. Jadi kali ni nak lebih serius la.

Hmm.. panjang lebar pulak kisah tak sabar ni ha. Ok saya stop dulu ya. Assalamualaikum…… *^_^*

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *