Rentetan Pembukaan Outlet Benang Hijau di Jusco Bukit Indah

Pukul 2.38 pagi dan masih tak boleh tidur.

Jadi sebagai seorang blogger poyo, saya pun baca kembali artikel-artikel di blog sendiri. Hahaha.. poyo sangat kan?

Tapi rasa seronok tau baca blog sendiri. Sebab saya jadi ingat balik apa yang saya dah buat. Harapan saya. Kegembiraan saya. Kesedihan saya. Semangat saya nak berdiet. Dan juga pasal mimpi ada orang suka kat suami saya. 😛

Antara yang saya ingat adalah pada suatu hari saya mengamuk dan pergi ke Jusco Bukit Indah untuk makan A&W. Selepas makan, saya jalan-jalan dan saya pun ambil kesempatan untuk berjumpa dengan management Jusco dan bertanya tentang sewa kiosk.

Masa tu takla serius sangat. Balik pun tak terus buat proposal. Amik masa dalam 3-4 minggu jugak untuk saya emelkan proposal pada diorang.

Pada suatu hari semasa saya di Vietnam, saya dapat call dari management Jusco bagitahu diorang dah approve proposal saya dan saya boleh start anytime. Masa tu pun saya cakap nak pergi tengok dulu tapak yang saya dapat. Kira tak la 100% nak bukak.

Balik Malaysia, sibuk setup outlet Benang Hijau di Bangi dan Shah Alam pulak. Dan tak pergi pun ke Jusco sampai staf diorang call saya dua tiga kali tanya bila nak datang.

Pada mulanya suami saya tak setuju saya nak bukak outlet kat Jusco Bukit Indah ni sebab saya pun dah bayar deposit untuk sewa kedai di Tesco Bukit Indah (yang kat Tesco ni sampai sekarang belum bukak sebab banyak proses).

Bila suami tak setuju, saya mula goyah. Mula rasa macam nak cancel.

Tapi bila saya pergi ke Kenanga Wholesale City, saya nampak ada banyak sangat kedai yang sama kat situ.

Kalau dalam bangunan yang sama pun orang berani bukak kedai banyak-banyak, apa salahnya bukak je outlet kat bangunan lain-lain. Walaupun jarak tak sampai 3km.

So saya pun pergi tengok tapak kiosk di Jusco Bukit Indah dan interview sikit pekerja-pekerja kiosk yang berhampiran. Lepas tu saya hantar proposal baru (sebab nak tambah barang yang nak dijual di kiosk) dan bila management approve, saya terus proceed.

Alhamdulillah tempat yang saya dapat agak strategik. Ground floor dan berdekatan dengan kedai yang popular iaitu Body Shop dan juga Big Apple Donut.

Dan Alhamdulillah.. bermula 29 April yang lepas outlet Benang Hijau di Jusco Bukit Indah dah mula beroperasi. Dan Alhamdulillah jugak outlet tu merupakan antara outlet Benang Hijau yang paling meletop.

 

20130510-031112.jpg

Kecik, comel dan meletop!

 

Mula-mula tak yakin jugak nak jual kain Cotton kat sini sebab nampak macam ramai orang Cina yang shopping kat Jusco tu berbanding orang Melayu. Tapi bila dah bukak, rupa-rupanya kain Cotton ni ada permintaan yang tinggi.

Dan yang bestnya lagi, orang Singapore pun ramai yang shopping kat sini dan Alhamdulillah sekarang kami banyak pelanggan dari kalangan orang Singapore.

Chewah.. semangat tak cerita rentetan pembukaan kiosk. Kiosk je dah macam ni. Kalau bukak kedai, tak tahulah kan. Mungkin 7 entri berturut-turut cerita pasal tu. 🙂

Saya suka sangat dapat jadi sebahagian peniaga di Jusco sebab saya sendiri memang suka pergi ke Jusco. Pada saya, kat Johor ni, kalau nak pergi shopping mall yang selesa, bersih, banyak tempat makan dan happening, memang Jusco la tempatnya.

InsyaAllah 14hb Mei ini saya akan buka satu lagi outlet di Jusco Permas Jaya dan 15hb Mei pulak di Jusco Taman Universiti.

Nervous dan excited sangat. Harap-harap okay.

Okay bye. Dah pukul 3.21 pagi. Dah tahap wajib tidur. Sebab esok saya nak pergi Vietnam lagi.

Nantikan entri seterusnya bertajuk Ahli Politik = Superman. Tunggu… 🙂

 

 

 

11 thoughts on “Rentetan Pembukaan Outlet Benang Hijau di Jusco Bukit Indah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *