Pindah Kedai

Pagi tadi tak produktif sangat. Duduk di rumah sambil-sambil melayan SMS dan PM dari pelanggan Benang Hijau.

Pukul 4 petang saya ke kedai sebab nak buat urusan pindah kedai.

Pindah dari tingkat atas dengan lokasi yang kurang strategik ke tingkat bawah dengan lokasi yang lebih strategik.

Sementara tunggu suami pasang siapkan kedai, saya sempat melayan beberapa orang pelanggan. Alhamdulillah hari ni ada 2 orang pelanggan yang beli baju kurung. Kedua-duanya beli 2 helai. 🙂

Serius dah lama sangat saya tak datang kedai dan melayan pelanggan. Selalu datang sekejap-sekejap je sebab sibuk sangat la kan.

Bila dah jaga ni, saya nampak yang baju kurung memang mendapat sambutan. Terutamanya baju kurung manik.

Ingatkan dah tak musim. Rupa-rupanya masih ada banyak permintaan terhadap baju kurung manik.

Lepas tu nampak la jugak beberapa benda yang boleh improve.

Dalam pukul 8 malam, kedai baru tu dah almost ready. Jadi saya pun sibuk menggantung dan menyusun kain dan baju.

Dalam keadaaan sebelah pintu tertutup dan keadaan kedai kelam kabut, ada beberapa orang pelanggan dah masuk kedai dan menunjukkan minat untuk membeli baju kurung dan kain-kain cotton yang sedang disusun.

Suka sangat.

InsyaAllah lepas ni akan tambah stok baju dengan lebih kerap. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *