Persaingan Yang Kurang Sihat Adalah..

Apabila para peniaga bersaing menurunkan harga barangan yang dijual, dan bukannya bersaing untuk menambah baik servis dan kualiti barangan yang dihasilkan.

Biarlah kalau orang lain nak bersaing dari segi harga. Tapi saya nak bersaing dari segi kualiti, servis dan juga pilihan barangan.

Saya juga nak kukuhkan brand saya. Bak kata Donald Trump, if you dont have a brand, you are selling a commodity.

Ibarat tudung tidak berjenama yang dijual di kiosk-kiosk berbanding tudung Ariani. Kalau ikutkan, perbezaan kualiti taklah jauh beza. Malah ada yang sama kualiti. Tapi disebabkan kuasa branding, pelanggan lebih yakin untuk membeli di Ariani pada harga yang jauh lebih mahal.

Dan peniaga tudung-tudung di kiosk pulak bersaing untuk jual pada harga yang lebih murah dan seterusnya merendahkan keuntungan mereka.

Anda macamana? Nak sibuk rendahkan harga barang @ nak kukuhkan jenama?  🙂

One thought on “Persaingan Yang Kurang Sihat Adalah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *