Perasaan Sebelum Buka Booth Pakaian..

Hari ni kami sekeluarga bergotong royong membersihkan rumah.

Maklumlah bermula esok saya dan suami mungkin agak sibuk menguruskan booth Benang Hijau di Jusco Taman Universiti.

Seriously rasa nervous dan excited tentang booth ni.

Tak tahu nak expect apa. Dan memandangkan ini adalah kali pertama kami, lagilah rasa risau.

Sebelum ni rasa macam senang je nak buat bisnes baju. Sekali bila dah terjebak, banyak benda kecik-kecik yang perlu diambil kira seperti plastik, beg kertas, tag harga, label produk, rak penggangtung, cara nak display, promosi yang nak ditawarkan, resit, macamana nak handle pekerja, macamana nak susun stok dll.

Memang rasa pening dan cuak.

Tapi bukanlah bermakna saya tak suka. Saya memang sukakan cabaran dan suka belajar sesuatu yang baru.

Dari mana datangnya masa untuk saya buat semua benda ni?

Masa yang sebelum ni saya gunakan untuk baca suratkhabar online, baca blog orang dan sibuk nak baca status rakan-rakan FB. 🙂

Malam ni saya dan suami akan setup booth, dan esok pagi saya dan staff baru saya akan sama-sama menyusun dan meletakkan harga pakaian. Malam esok pulak saya ada kelas di Public Mutual Johor Bahru.

Selagi tak start, banyak sangat benda yang bermain di minda. Semoga segalanya berjalan lancar.

One thought on “Perasaan Sebelum Buka Booth Pakaian..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *