Pelancaran Galeri Anggun 1 April 2010

Hari ini saya dengan penuh rasa berbesar hati ingin melancarkan projek terbaru saya dan suami iaitu Galeri Anggun. Galeri Anggun ni merupakan sebuah kedai online yang menjual busana, jubah, tudung dan pelbagai aksesori wanita yang akan membantu menambahkan lagi keanggunan anda.

Sebenarnya idea untuk terlibat di dalam perniagaan pakaian secara online ini adalah secara tidak sengaja. Pada mulanya saya cuma mencari-cari pakaian muslimah, busana dan tudung yang anggun untuk dipakai dan digayakan selepas melahirkan baby saya nanti.

Selepas penat melawat dari satu laman web ke laman web yang lain dan merasa kecewa dengan design busana wanita yang ditampilkan, saya mula terfikir untuk mencari pembekal pakaian muslimah yang menepati citarasa saya dan seterusnya memulakan bisnes pakaian secara sambilan. Alhamdulillah saya berjaya berhubung dengan beberapa pembekal yang memiliki koleksi pakaian yang sangat anggun dan menawan.

Insya’Allah di dalam sehari dua ini saya akan menambahkan lagi koleksi pakaian di Galeri Anggun. Untuk melayari Galeri Anggun, sila klik di sini http://galerianggun.lot.my

2 thoughts on “Pelancaran Galeri Anggun 1 April 2010

  1. admin Post author

    Thanks Min.

    Akak pun harap min sukses dalam bisnes yang diceburi dan semoga semangat keusahawanan kita semakin membara..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *