Orang Excited Nak Pergi Guangzhou

Beberapa hari lepas, ada ahli keluarga terdekat datang bermalam di rumah saya. Sambil-sambil berbual saya bercerita pengalaman saya memborong di Guangzhou.

Memang best sangat pergi Guangzhou. Macam-macam ada pada harga yang jauhhhhhh lebih murah daripada di Malaysia.

Makin saya bercerita, dia makin excited. Esoknya bila saya ke shopping complex dengan dia, bila tengok selipar harga RM10 dia cakap..

Ni mesti 50 sen je kat China

Bila tengok stokin budak berharga RM4 dia cakap,

Ni mesti harga 30 sen kat China

Bila tengok beg berharga RM30 dia cakap,

Ni mesti lima ringgit je kat China

 

Kira memang betul-betul tahap wajib kena pergi ke Guangzhou.  🙂

Tapi seriously saya pun tak sabar nak pergi lagi terutamanya untuk beli barangan display di kedai seperti patung, rak besi, plastik dengan logo sendiri dan sebagainya.

Lepas tu nak pergi ke tempat perabot. Cuma bahagian ni ngeri sikit sebab dengarnya bila ke tempat perabot diorang terus tanya, nak beli berapa kontena? Kuss semangat..

Tapi bila dah pergi sendiri ke luar negara, memang rasa rugi sangat kalau kita tak ambil terus di sana. Walaupun kos penerbangan mahal, tapi sebenarnya berbaloi sangat.

Jadi kepada para peniaga, usahakanlah untuk pergi terus di Vietnam @ China. Bila dah pergi, anda akan rasa menyesal sebab tak pergi awal-awal. Percayalah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *