Memilih Pelanggan

Saya selalu cuba buat yang terbaik bila berurusan dengan seseorang pelanggan.

Tapi adakalanya saya juga berdepan dengan pelanggan yang bermasalah. Lambat buat bayaran, memaksa-maksa, tidak sabar, expectation terlalu tinggi, mengarah-ngarah dan sebagainya.

Dengan pelanggan sebegini, saya akan cuba settlekan sebarang urusan antara saya dan dia cepat-cepat, tak banyak cakap dan seterusnya akan mengelak untuk berurusan dengannya di masa akan datang.

Tak berbaloi rasanya nak berkorban masa, tenaga dan emosi. Lainlah kalau dapat keuntungan berjuta-juta. Sekali deal, boleh goyang kaki sampai tua. 🙂

Saya juga tak suka cakap banyak bila saya marah. Jadi saya akan berdiam diri daripada mengeluarkan kata-kata yang boleh mengeruhkan lagi keadaan.

Sebagai seorang yang mempunyai keyakinan diri tahap gaban jugak, saya rasa ruginya pelanggan yang tak cuba jaga hati saya.

Poyo je ayat ni.. 🙂

Maksud saya, rugi sangat pelanggan bersikap kurang baik dengan supplier. Ini kerana jika pelanggan melayan supplier dengan baik, supplier dapat bagi khidmat yang lebih cepat, mesra, harga yang lebih murah dan mungkin juga dapat kemudahan kredit.

Serius saya hairan macamana orang yang bersikap kurang hormat pada supplier berurusan dengan pelanggan mereka.

Bukan pelanggan sahaja yang bagi duit pada kita. Supplier juga boleh mendatangkan keuntungan jika mereka bagi harga yang lebih rendah dan kemudahan kredit.

Macam artikel lepas geram je bunyinya kan. Memang hari ni saya geram dengan salah seorang pelanggan borong saya. Tapi Alhamdulillah segala-galanya dah berakhir.

Serius sibuk buat dua kerja dalam satu masa. Tapi suka! 🙂

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *