Kursus Wasiat + Agency Meeting

Pagi semalam ada kursus tentang wasiat di pejabat Public Mutual Johor Bahru.

Lepas kursus singgah ke Maybank untuk urusan akaun bank Benang Hijau.

Balik ke rumah sekejap, dan lepas tu bersiap untuk pergi semula ke Public Mutual untuk Agency Monthly Meeting.

Seronok dapat berjumpa kawan-kawan di Public Mutual terutamanya berjumpa dengan business partner saya iaitu En Yusuf Bachok yang dah naik ke pangkat Supervisor.

Seronok attend kursus wasiat sebab banyak benda baru yang saya belajar. Antaranya adalah isteri boleh buat tuntutan harta sepencarian sebelum suami berkahwin dengan isteri kedua.

InsyaAllah nanti saya kongsikan sedikit sebanyak ilmu dari kursus wasiat ni di blog SMART Consultant Team.

Ok bye! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *