Kalau Nak Berjaya, Jangan Tunggu Orang Lain!

Semalam seorang sahabat ajak saya attend seminar keusahawanan internet pada bulan Jun depan.

Mula-mula saya ingatkan saya free time tu, jadi saya pun cakap saya setuju dan minta dia belikan tiket sebab masa dia cakap pun dah lewat sangat dan saya pun dah tak larat nak dapatkan maklumat lanjut dan seterusnya beli tiket seminar tu secara online.

Pagi tadi baru teringat bahawa pada masa tu saya dan suami akan berada di Bangkok untuk event Herbalife.

Bila saya inform dia. Dia pun cakap,

Kalau awak tak pergi, saya pun tak pergilah..

 

Saya pun cakap kat dia,

Kalau rasa nak pergi, pergi je. Kalau nak berjaya, jangan tunggu orang lain!

 

Ni bukan marah. Ni bukan perli. Ni bukan nak berlagak poyo.

Tapi ni pesanan ikhlas dari saya.

Tahun lepas saya pergi ke Guangzhou bersama rakan-rakan Public Mutual yang cemerlang. Masa kat sana, excited sangat tengok harga barang-barang yang tersangat murah. Ada juga seorang kenalan yang excited jugak. Dan kami pun bincang-bincang kononnya nak datang lagi dan nak berniaga barang dari China

Balik tu saya terus survey kursus-kursus borong dan akhirnya saya buat keputusan untuk attend kursus.

Saya pun ajak kenalan ni join sama. Tapi katanya dia tak free. Ajak kenalan lain pun semua tak free. Last-last saya belikan tiket untuk suami dan pergi sama-sama.

Lepas tu bila nak pergi Vietnam pun sama. Saya ajak lagi kenalan yang kononnya semangat sangat nak berbisnes tu kan. Dia pun kononnya nak sangat pergi. Tapi jadual dia pun agak sibuk jugak dan dia tak dapat pergi.

Tapi takpe, saya pun tak tunggu dia. Saya beli tiket untuk saya dan suami.

Lepas tu saya bermula. Bila dah bermula pun, ada banyak peluang-peluang @ idea bisnes @ maklumat seminar yang cuba saya kongsikan kepada kenalan terdekat. Tapi pun sama. Tak de orang yang berminat.

Takpelah orang tak nak kan. Saya pun attend seminar dan buat je bisnes tanpa tunggu orang lain.

Nak pergi China pun sama. Ramai yang kononnya nak sangat join saya pergi memborong di China tapi dari sehari ke sehari terus menyepi.

Tapi takpelah, malas la nak tunggu-tunggu. Last-last saya pun beli je tiket untuk saya seorang. InsyaAllah kat airport nanti pasti jumpa usahawan dari Malaysia dan saya berkenalan jelah nanti.

Pendek kata, kalau nak berjaya, jangan tunggu orang sebab keinginan orang tak sama dengan kita.

Kalau kita tunggu orang lain, hidup kita pun akan jadi statik macam hidup mereka.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *