Jual Mahal Disebabkan Tamak?

Bila saya dah terlibat dalam bisnes pakaian, saya memang prihatin sangat dengan harga yang dijual oleh peniaga lain.

Memang ada produk yang sama yang dijual pada harga yang jauh berbeza. Sebagai contoh Shawl Satin Square yang saya jual pada harga RM39, ada peniaga yang menjual sehingga RM80 atau RM100.

 

Dulu-dulu saya beranggapan peniaga yang jual mahal ni adalah disebabkan mereka ni tamak dan terlalu pentingkan keuntungan.

Tapi lama kelamaan saya sedar bahawa kadangkala mereka bukannya tamak, tapi kurang maklumat.

 

Kurang maklumat tentang kat mana nak dapatkan stok kain yang murah. Kat mana nak dapatkan kos jahitan yang murah. Macamana nak kurangkan kos dan sebagainya.

Ini menyebabkan mereka membeli kain pada harga mahal, tempah pada harga mahal dan seterusnya terpaksa menjual pada harga yang lebih mahal.

 

Sebagai contoh ada seorang peniaga yang saya jumpa di Vietnam. Dia menjual satu produk. Produk ni dia beli dengan harga RM60 (kos kain + jahitan) daripada supplier di sana.

Tapi jika saya beli kain yang berkualiti dan tempah dengan supplier saya, harga yang saya boleh dapat tidak sampai RM15.

 

Bukan nak tunjuk pandai.

Tapi, inilah hakikatnya. Ramai orang fikir dia dah pergi ke Vietnam @ China dan dah dapat harga yang terbaik. Tapi sebenarnya tidak.

 

Supplier pun bijak. Dia akan tetapkan harga tinggi terlebih dahulu. Jika kita terus setuju, merekalah yang akan untung. Tapi jika kita minta quotation daripada beberapa orang supplier dan buat perbandingan, kita akan dapat harga yang jauh lebih rendah.

 

Inilah sebab kenapa peniaga yang menjual barang yang sama pada harga yang sama, tetapi ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya.

Sebabnya, peniaga yang bijak membuat keuntungan ketika MEMBELI, dan bukan hanya ketika MENJUAL.

 

Kesimpulannya, jangan cepat rasa kita dah pandai. Cuba berurusan dengan supplier yang berbeza. Jaga hubungan dengan rakan peniaga. Dan insyaAllah kita akan lebih untung.

 

 

2 thoughts on “Jual Mahal Disebabkan Tamak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *