Jangan Ingat Orang Yang Bekerja Dari Rumah Ni Tak Serius

Pagi ni ada seorang klien saya call. Bila dia tanya saya kat mana dan saya cakap saya kat rumah, dia macam rasa hairan sangat.

Macam saya ni tak serius bekerja.

Hahaha.. Kelakar je.

Memang kerja saya ni fleksibel Encik. Tak semestinya kena keluar rumah. Keluar rumah hanya untuk jumpa klien, jumpa orang yang nak melabur, nak jual pelaburan, nak buat pertukaran dana, nak jadi ejen dan sebagainya.

Kerja-kerja seperti tengok pergerakan dana, hantar report, bagi maklumat pada ahli kumpulan, setup tempat roadshow, follow up dan sebagainya saya buat dari rumah je.

Tak semestinya orang bekerja dari rumah tak serius. Kadangkala yang bekerja dari rumah ni lebih fokus sebab tak diganggu oleh rakan sekerja dan tak perlu nak melayan karenah politik pejabat.

Tapi pagi ni je saya kat rumah. Kejap lagi nak keluar untuk submit beberapa borang pelaburan termasuklah cek pelaburan korporat bernilai RM200,000. Alhamdulillah.. 🙂

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *